Wednesday, January 16, 2013

Mendaki Bukit Bendera

26 Disember 2012

Kami bercuti di kampung 25-30 hb Dis 2012. Sebelum pulang kekampung saya telah menyuarakan hasrat untuk mendaki Bukit Bendera, hasrat saya disetujui oleh suami memandangkan suami pernah mendaki semasa bersekolah menengah di Pulau Pinang, maka kami bawa pulang kelengkap sukan untuk mendaki bukit.

26 Dis 2012, selepas solat subuh kami bersama anak sulung Iskandar telah bertolak dari rumah mertua di Tasek Gelugor, Perai ke Tanjung Bungah (Botanical Garden) . Kami bersarapan dengan nasi lemak bungkus yang kami beli semasa dalam perjalanan.

Selesai sarapan kami terus mendaki melalui Moongate yang terletak di tepi jalan ke Taman Tanjung Bungah. Menurut maklumat yang kami perolehi pendakian melalui Moongate adalah laluan termudah ke puncak.

Awal pendakian melalui lorong bertangga


Pemandangan semasa pertengahan jalan


mendaki



Alhamdulillah kami berjaya sampai kepuncak setelah 3 jam, sejauh 11.48km


Menikmati ABC Bukit Bendera, Yummy....


our trail



Setelah hampir 1 jam berada di puncak kami mengambil keputusan untuk turun melalui jalan berturap. Perjalanan melalui jalan sangat curam meyebabkan kaki kami agak sakit.



Ibu dan anak




No comments:

Post a Comment